Quantcast
Channel: P O J I E G R A P H Y
Viewing all articles
Browse latest Browse all 270

Rai Restaurant: Restoran Halal Makanan Nepal di Shah Alam

$
0
0

Dah lama aku simpan hasrat untuk ke Kathmandu, Nepal sebab ianya merupakan salah satu tempat menarik untuk ambil gambar, despite of perjalanan di sana pastinya agak mencabar. One fine day mungkin aku akan jejakkan kaki ke sana. InsyaAllah. 

Bercakap mengenai Nepal, baru-baru ni aku sempat singgah ke Rai Restaurant, iaitu restoran halal yang menyediakan hidangan tradisional Nepal dengan sedikit sentuhan masakan ala Malaysia. Buat pertama kali aku cuba dekat restoran ini dan ianya boleh tahan sedap! (kena dengan tekak orang Malaysia yang suka makanan pedas).


Restoran yang telah beroperasi hampir setahun ini terletak di sekitar kawasan industri - in between Shah Alam and Sungai Buloh (boleh refer alamat penuh pada penghujung entri ni). Walaupun lokasinya yang agak complicated, korang akan rasa berbaloi bila dah cuba menu yang dihidangkan. 

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita masuk dalam restoran ni!
Walaupun nampak simple, pemilik restoran ini cuba sebaik mungkin untuk hias restoran ini agar para pengunjung dapat merasa sedikit feel berada di Nepal. 



Tengok gambar-gambar di atas teringat cerita Everest. Sedih. Dah tengok belom? 


Dekat kaunter pun terdapat beberapa barangan khas diimport dari Nepal. 


Namaste, a word they used to greet people, with full of respect. 


Ruang makan yang begitu simple, santai dan kemas. 


Sementara tunggu makanan siap, sempat juga tinjau restoran ni. Kredit diberikan kepada pemilik restoran ini kerana mereka betul-betul menitikberatkan aspek kebersihan restoran ini. Bersih, teratur dan juga selesa. 


Makanan dah sampai. Jom kita makan dulu!

MENU PILIHAN KAMI
1. MoMo (Chicken Dumpling)
Fried RM7 / Steam RM6


Terdapat dua jenis MoMo iaitu version steam and fried. Aku recommend korang untuk cuba fried MoMo. Sekali cuba, mesti rasa nak order lagi dan bawa pulang! Sos untuk MoMo ni pun sangat sedap. Terasa pedas yang just nice! WAJIB CUBA


2. Mutton Masala
RM12


Saiz hidangan adalah sama seperti yang korang nampak dalam gambar. Boleh request kalau nak lebih. Aku tak makan daging mutton ni tapi cuba je la. Daging dimasak dengan begitu baik sekali. Terasa lembut dan senang nak gigit. Ditambah pula rasa pedas tu. Those yang suka makan mutton, confirm happy!

3. Sukuti / Dried Buffalo Meat
RM9


Yang ni pun kegemaran aku. Daging kerbau dimasak dengan sedikit rasa pedas. Pedas light light je.  Daging dia agak keras sikit ala-ala rangup. WAJIB CUBA

4. Ayam Kampung Set 
RM10
(Boleh request untuk set Mutton atau Sukuti - harga berbeza)



Saiz hidangan sama seperti dalam gambar. Untuk menu set ni, korang boleh menikmati nasi putih, ayam kampung masala, sup tradisional dan juga sayuran. Aku suka sayuran dan ayam kampung masala dia. Sedap! Pinggan pun rare! WAJIB CUBA

5. Vatmas Chiura (Soya) 
RM4


Sedap! Boleh makan sekali dengan nasi or just makan begitu sahaja. Vatmans ni ala-ala snack bagi diorang la. Aku suka warna yang persembahkan untuk Vatmas ni. Vibrat colors. WAJIB CUBA


Pasti tertanya siapa pemilik restoran ini dan siapa yang masak kan? 
Pemilik restoran ini adalah Alicia Sabri dan suaminya Adam. Alicia mendapat ilham untuk buka restoran Nepal selepas beliau berkahwin dengan Adam dan sekaligus dia juga ingin merealisasikan impian suaminya yang memang suka memasak, untuk memiliki sebuah restoran halal khas menyediakan hidangan Nepal. Of course, restoran ini dimiliki oleh pemilik beragama Islam. 

LOKASI
6, First Floor, Jalan Public, Kg Baru Sungai Buloh U19, 40160 Shah Alam, Selangor.

WAKTU OPERASI
11am - 8pm
Setiap hari
** Untuk dinner, korang call dulu sebelum datang.

 NO TELEFON
0123832245
0124938322
** Boleh call jika sesat atau tak jumpa restoran ini.

INSTAGRAM
KLIK SINI 


NAK DATANG LAGI TAK?
Definitely, YES!


Cari signage board seperti dalam gambar atas. 

Mereka masih dalam proses untuk menambah menu baharu dan juga akan datang Rai Restaurant akan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke lokasi-lokasi terpilih. Korang boleh tengok update dekat akaun Instagram dorang. 

Keywords: Restoran Halal Shah Alam, Restoran Nepal Halal Shah Alam

Viewing all articles
Browse latest Browse all 270

Trending Articles