Jom tengok gambar-gambar yang terpilih untuk minggu ini!
Hello there! Apa khabar semua? Best cuti?
Alangkah indanya kalau tiap-tiap minggu macam ni kan? Cuti lepas tu kelas pula tak ada. Kini kita sudah hampir ke penghujung hari ahad dan besoknya confirm ramai yang akan rasa Monday blues.
Walaubagaimanapun, ada sekolah dan IPTA di sekitar Selangor terpaksa cuti esok sebab keadaan jerebu masih lagi kurang baik. Beware guys! Kurangkan aktiviti luar dan banyak-banyak minum air. Since besok aku masih lagi 'cuti', makanya ada extra time untuk aku siapkan kerja yang tak siap-siap. Tolonglah buang sikap suka menangguh.
Buat pertama kali, aku akan berkongsi beberapa gambar dalam segmen khas iaitu Photos of The Week bermula dari hari ini. Gambar-gambar akan dipilih secara rawak dan korang pilih la mana satu favourite korang ya. Just for fun and sharing purpose ;)
PHOTO A
![]() |
Gambar selfie diambil ketika dalam perjalanan ke salah satu temple di Visakhapatnam, India. Pengalaman yang sukar untuk aku lupakan |
PHOTO B
![]() |
Gambar ini diambil secara rawak ketika aku berada di Koh Samui, Thailand. Ambil gambar pun penuh dengan gaya |
PHOTO C
![]() |
Aku ambil gambar ni randomly masa tengah tunggu matahari terbit di Bromo, East Java. Kenapa? Sebab ini merupakan antara saat paling indah buat aku |
Korang pilih mana satu?