Quantcast
Channel: P O J I E G R A P H Y
Viewing all articles
Browse latest Browse all 270

Pengalaman dan Bajet ke Pulau Manukan, Sabah

$
0
0

Nampaknya belum lagi terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam tidak kira dimana anda berada. Macam mana raya? Best? Meriah kemain ya tengok post-post korang dekat media sosial. Alhamdulillah!


Bercakap berkenaan dengan sambutan hari raya, this year, my family decided to berehat dari buat open house dan ingin meluangkan masa bersama since susah betul semuanya nak berkumpul dalam satu masa. Therefore, we decided to go Pulau Manukan for island hopping!



GETTING THERE
Perjalanan ke Pulau Manukan bermula di Jeti Jesselton Point. Ada pelbagai cara untuk anda ke jeti ini - sama ada pandu sendiri, melalui bas dan juga teksi. Lebih mudah bagi mereka yang duduk di sekitar bandar Kota Kinabalu kerana jalan kaki pun boleh. Jesselton Point terletak berdekatan dengan salah satu pusat beli belah di KK iaitu Suria Sabah Shopping Mall. 




HARGA TIKET
Adalah lebih mudah jika anda mengambil pakej-pakej yang terdapat di Jesselton Point ini. Setiap syarikat akan menawarkan harga yang berbeza. Oleh itu kenalah pandai-pandai pilih jika anda ingin jimatkan perbelanjaan anda.

Untuk Island Hop Express (Kaunter 10),
Dewasa: RM23 (1 Pulau), RM33 (2 Pulau), RM43 (3 Pulau), RM53 (4 Pulau).
Kanak-kanak: RM18 (1 Pulau), RM23 (2 Pulau), RM28 (3 Pulau), RM33 (4 Pulau)

Pulau-pulau yang korang boleh pilih - Manukan, Mamutik, Sapi, Sulug, Gaya, Water Village 

* Anda juga boleh menyewa bot dekat sini tetapi dengan harga yang lebih mahal dan berbeza

Bayaran Terminal (Tidak termasuk dalam harga tiket)
Dewasa: RM7.63
Kanak-kanak: RM3.82 


WAKTU PERJALANAN BOT
Pergi: 8.30 am dan seterusnya (Setiap 30 minit)
Balik: 12.00 pm hingga 5.00 pm (Setiap 1 jam)

* Kalau rasa nak balik awal dari waktu yang telah ditetapkan, boleh call tour 30 minit sebelum nak balik.





SHOP BEFORE YOU GO
Terdapat berbagai jenis kedai di Jesselton Point ni. Ada kedai makan, kedai barangan untuk island hopping dan banyak lagi. Rasanya harga dekat sini jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dijual dekat pulau tu. So, better korang beli apa yang patut sebelum gerak ke pulau untuk menggelakkan sebarang kemungkinan. 



JOM MULAKAN EKSPIDISI MENEROKA PULAU MANUKAN!


PULAU MANUKAN
Terkenal sebagai salah satu tarikan utama di negeri Sabah, Pulau Manukan adalah pulau terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman dan ia juga telah diiktiraf sebagai taman laut negara. Selain itu, pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Dan yang paling penting, pulau ini sangat ideal untuk aktiviti menyelam atau snorkeling serta bersantai kerana suasananya yang begitu tenang dan cantik.


Perjalanan dari Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit. Akhirnya kami sampai, doa semalam agar cuaca baik-baik sahaja akhirnya termakbul. Rugilah kalau pergi island hopping dengan cuaca mendung. 

Sungguh tak sangka, masa musim hari raya ni lagi ramai orang datang ke sini. Ingatkan bolehlah nak feel ala-ala tourist. Rupanya bukan sahaja pelancong dari luar negara datang ke sini, tetapi warga tempatan juga datang ke sini. Apa mereka tak beraya ke ni? (Eh soalan macam tanya untuk diri sendiri) LOL. 



YURAN MASUK
Dekat pintu masuk nanti, anda dikhendaki membayar yuran konservasi (entrance fee) sebelum masuk ke kawasan pulau. Berikut merupakan harga yuran yang dikenakan:

Luar Negara: RM 10.00 (18 Tahun dan Ke Atas), RM6.00 (18 Tahun Kebawah)
Warganegara: RM 3.00 (18 Tahun dan Ke Atas), RM1.00 (Bawah 18 Tahun dan Warga Tua), 50 Sen (Pelajar Bawah 16 Tahun)


Papan tanda menunjukkan kawasan-kawasan tertentu yang korang boleh masuk



Syamimi takut nak masuk air, bermain dengan pasir pun jadilah


Kalau anda terlupa nak sewa barangan nak snorkeling atau jaket keselamatan, jangan risau. Anda boleh berbuat demikian dekat pondok lifeguard ni. Kalau bernasib baik, boleh dapat murah - Snorkeling mask + life jacket = RM15.


Terdapat beberapa pondok lifeguard yang sentiasa akan memerhatikan anda - jangan risau tentang keselamatan anda. 



Kami dah bersedia nak masuk dalam air. Jom!







ULASAN
"Sama seperti di pulau-pulau lain yang terdapat dalam Malaysia, pengalaman menyelam/snorkeling dekat Pulau Manukan memang best kerana pemandangannya yang begitu cantik. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan sebelum ini, pengalaman aku kali ini agak kurang sikit kerana air dekat Pulau Manukan ini kurang jernih (agaknya ramai sangat orang)". 



KEMUDAHAN LAIN



Tandas Awam 



Gerai makanan



Kedai souvenirs



Restoran & bar



Kedai menyewa alatan sukan air



Penginapan (Manukan Island Resort) - rate bermula dari RM1, 060 hingga RM 1,749
info@suterasanctuarylodges@com.my



Padang bola - dibuka untuk semua







TIPS
  1. Datang pada waktu pagi so that takda la rasa panas sangat and korang akan siap just nice by 2 atau 3 PM. 
  2. Bawa makanan sendiri - boleh beli atau masak dari rumah (jimat sikit).
  3. Bawa tikar sendiri. If pergi ramai, bawalah tikar besar sikit sebab tempat duduk adalah terhad. 
  4. Kalau pergi dengan kawan yang berasal dari Sabah, lagi dapat banyak benefit - harga lebih murah. 
  5. Pergi ke kawasan yang tak ramai orang jika anda nak tengok pemandangan dalam air yang lebih cantik & jernih.
  6. Pilih satu pulau sahaja jika anda nak mandi and snorkeling sepuas-puasnya kerana perjalanan dari satu pulau ke pulau lain agak lama - especially part menunggu boat. 

Watch my short video for this trip 


Sabah, I'll definitely come back again. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 270

Trending Articles