Sedikit perkongsian berkenaan dunia blogging. Memang jelas bahawa menulis blog ni masih lagi relevan dalam kalangan kita. Tidak dapat dinafikan, ramai yang setuju dengan itu.
Walaubagaimanapun, mereka yang masih bergiat aktif dalam dunia blogging ni perlu tahu bahawa kita sudah pun melangkah ke era baru dengan teknologi yang lebih canggih & begitu juga dengan amalan kita dalam berblogging. Tengok saja sekarang ni.. Seseorang itu boleh menaip blog melalui telefon bimbit atau tab (macam aku tengah buat ni). Lihatlah betapa berkembangnya teknologi sekarang kan?
Masih ingat lagi zaman dulu. Punyalah sampai bergaduh dengan kakak agar dapat guna broadband & komputer untuk update blog. Sekarang ni, dimana-mana pun kita boleh update blog.
Masa lepas jogging pun sempat lagi taip entri ni. Masa ni idea mencurah-curah. So, just taip apa yang kita nak & save as draft. Bila sampai rumah, bolehlah edit mana yang patut lepas tu publish!
5 Perkara Penting Para Blogger Perlu Tahu
1. Penulisan
Kalau dulu, bolehlah penulisan kita panjang macam nak buat kertas karangan SPM. Ayat merapu sana sini (sampai penulis tu sendiri tak tahu apa yang mereka tulis). Dulu boleh sebab dunia blogging ni memang tengah trending dalam kalangan kita. Tapi sekarang? Tak ramai yang begitu tertarik untuk baca teks sepajang & semerapu itu . Para pembaca sekarang lebih sibuk dengan banyak benda (ada Twitter, Instagram, Facebook dan banyak lagi). Dinasihatkan agar penulisan kita lebih straight forward, ringkas dan padat dengan informasi. Memang terkadang ada saja unsur merapu yang dimasukkan dalam entri tu. Penggunaan bahasa juga penting, kalau rata-rata readers prefer Bahasa Melayu, go on tulis entri dalam BM dan begitu juga sebaliknya. Jangan pula tulis dalam Bahasa Inggeris ayat bombastic bagai, at last readers tak faham pun sebab mereka lagi prefer BM.
2. Visual
Aku tak tahu la sama ada aku saja atau blogger lain pun turut perasan juga. Sekarang ni, pembaca lebih tertarik untuk tengok gambar instead of text yang panjang gila. Mereka especially orang muda akan lebih tertarik untuk baca blog itu kalau ada gambar/video. Dengan itu, perbanyakkanlah gambar dan yang penting ianya mesti ada kaitan dengan topik. Kalau ada teknik fotografi yang bagus, tu kira bonus la buat blogger tu. Start dari sekarang cuba untuk aplikasikan teknik ini.
3. Target reader/audience
Sebelum mula tulis entri tu, cuba identify dulu background pembaca anda. Bila dah tahu siapa pembaca anda, barulah anda boleh menyesuaikan penulisan anda dengan target reader. Sebagai contoh, ada boleh guna ayat yang sempoi dan urban jika target reader anda ialah golongan muda/remaja. Begitu juga kalau target reader anda golongan berumur, sudah tentu ayat yang digunakan perlulah sedikit formal dan kemas. Kalau boleh, ELAKKAN DARIPADA MENGGUNAKAN SHORT FORM.
4. Design Blog
Ini merupakan perkara paling penting dan seharusnya dititikberat oleh para penulis nlog diluar sana. Rupa layout blog korang banyak main peranan ya. Gunakan konsep minimalist. Tidak perlu ada background music, design kerawang, fancy fonts dan sebagainya kerana ini hanya akan menganggu penglihatan para pembaca serta menggalakkan mereka untuk click button exit sebab blog anda terlalu berat dimata mereka. Gunakan konsep minimalist tu bermaksud anda aplikasikan design yang cukup simple, penggunaan warna yang harmoni dan juga menarik, background image simple & kalau boleh plain image. Kena ingat, pembaca datang blog bukan sebab nak tengok design blog kita yang “Mak aih! Macam nak pergi kenduri kahwin pula”. Mulai dari sekarang, cuba aplikasikan design yang simple dekat blog anda. Ia ia juga membantu anda untuk dapat SEO yang baik.
5. Topik Penulisan
Blog anda kena ada indentiti khas. Kalau dah tahu blog anda tu more on what, barulah kita dapat idea untuk menulis tentang topik apa. Para pembaca tak akan tertarik untuk baca blog anda jika ianya tidak ada identiti. Adalah lebih baik jika korang tak campurkan banyak genre dalam satu blog milik korang tu. Sebagai contoh, personal, hiburan, politik, isu semasa, advertorial dan banyak lagi. Nampak tak menarik. Kalau boleh dalam empat atau lima genre dah kira okay. Kalau aku, aku lebih suka orang datang ke blog aku sebab cerita yang memang datang dari aku dan bukannya pasal gossip artis ataupun apa-apa yang tak ada kaitan dengan aku. Your readers will literally feel closer to you when you write something that is related to you.
Tujuan penulisan entri ini juga sebagai guideline untuk diri sendiri. At least kita dapat tahu serba sedikit tentang perkara yang kita perlu buat & titikberatkan bila menulis blog ni. Teruskan menulis ya!