Salam semua,
Hah! Tinggal beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2016. Bagi mereka yang baca entri ni selepas 12.00 am pada 1 Januari 2017, saya ucapkan selamat tahun baru kepada korang semua.
Sempat juga aku lari dari kerja yang agaknya tiada penghujung ni untuk hasilkan video kembara aku sepanjang tahun 2016. Bukan apa, ini memang apa yang aku buat selama ni. Sebab? Nak jadikan sebagai kenangan (boleh tengok bila rindu) and harapnya boleh bagi inspirasi kepada mereka di luar sana. InsyaAllah.
Video summary 2015: KLIK SINI
Enjoy video summary di bawah ni
So, apa yang terjadi sepanjang tahun 2016?
Banyak.
Tahun 2016 ni merupakan tahun dimana aku mula belajar banyak benda. Kalau nak senaraikan satu persatu, rasanya panjang jugalah entri ni nanti. Yang penting, betul la orang kata "Pengalaman mematangkan kita".
Tahun 2016 juga menjadi saksi blog ini sudah menuju satu langkah ke hadapan. Terima kasih kepada organisasi-organisasi yang sudi berkolaborasi dengan blog ini. InsyaAllah, mana-mana kekurangan itu pastinya akan diperbaiki.
Jangan berhenti meneroka segala yang ada disekeliling anda.
Sentiasa positif dengan apa yang berlaku.
Doa, percaya pada diri dan insyaAllah. You'll get there!
Looking forward to more adventure. Jumpa lagi di entri seterusnya!